Bangun Solat Tahajjud

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian, bertemu kita sekali lagi hari ini. Dan, saya ingin berkongsi tentang solat Tahajjud.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Muzzammil[1-4]:

Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (4)

Apa itu solat Tahajjud saudara-saudaraku?

Solat Tahajjud adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, setelah terjaga dari tidur wahai saudaraku. Solat ini adalah dilakukan pada sepertiga malam terakhir yakni lebih kurang 1.00 pagi sehinggalah masuk waktu subuh.

Berdasarkan hadis baginda Muhammad SAW(yang bermasud):

ينزل ربنا تبارك وتعالى إلى السماء الدنيا كل ليلة حين يبقى ثلث الليل الآخر فيقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له، حتى ينفجر الفجر

Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia setiap sepertiga malam akhir. Ia lalu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni. Hingga terbit fajar‘ ” (HR. Bukhari 1145, Muslim 758)

Apa manfaatnya pula? 


Berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muzzammil[6-9]:

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6) (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7)Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8) Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (9)

 

Saya menterjemahkannya. Wahai para sahabatku, solat yang dilakukan pada waktu malam lebih afdhal lagi kerana bacaan kita pada waktu ini adalah betul dan khusyuk. Dengan suasana malam yang sunyi, maka ibadat kita lebih khusyuk lagi. Jika waktu siang adalah masa kita bekerja, sukar sedikit untuk kita beribadat. Di waktu malam, inilah masanya kita menumpukan sebulat-bulat tumpuan pada Ilahi.

Puji-pujilah tuhanmu kerana dia Maha Pencipta Sekalian Alam, Allah tidak akan mensia-siakan amalan baik kita, inshaAllah.

Sekian dari saya, Mohamad Zafranudin.
Assalamu’alaikum

  • Sahabat-sahabatku seagama Islam, sama2 lah melakukan ibadat yang ikhlas kerana Allah. Moga Allah merahmati kita, ameen

  • Sahabat-sahabatku seagama Islam, sama2 lah melakukan ibadat yang ikhlas kerana Allah. Moga Allah merahmati kita, ameen

  • insyaAllah Ta'ala ya akhi……smga ia mmberi mnfaat ye..ameen

  • insyaAllah Ta'ala ya akhi……smga ia mmberi mnfaat ye..ameen

  • ameen ya akhi ^^

  • ameen ya akhi ^^

  • Alhamdulillah..
    syukran ya akhi krana mmbri sdikit ilmu mngenai tahajud..tahajud juga sbnarnye adlah wajib,,stelah Allah mlihat hmbanya mrsakan sdikit trbeban..mka allah mnjdiknnye sunat..solat tahajud juga boleh dlakukan pda 6 wktu..jka ta trmmpu mlkukan di wktu sprtiga mlm..mka lkuknlah slepas s0lat isyak..inilh di antara mukjizat qiamullail..^^

  • Alhamdulillah..
    syukran ya akhi krana mmbri sdikit ilmu mngenai tahajud..tahajud juga sbnarnye adlah wajib,,stelah Allah mlihat hmbanya mrsakan sdikit trbeban..mka allah mnjdiknnye sunat..solat tahajud juga boleh dlakukan pda 6 wktu..jka ta trmmpu mlkukan di wktu sprtiga mlm..mka lkuknlah slepas s0lat isyak..inilh di antara mukjizat qiamullail..^^