Pekikan Maut Jibril – Penghuni Bandar Antakiah

Gambar Hiasan

Pekikan Maut Jibril – Penghuni Bandar Antakiah




﴿﷽﴾

 In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
…………………………………………………………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.
Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.
Kepada semua pembaca rahimahullah(yang dirahmati Allah), saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa anda, yang mungkin sedang sibuk barangkali, atau sedang mengurus anak-anak dan hanya Allah lebih tahu secara tepat kerja anda. Wallahu alam. Namun, saya berterima kasih kerana anda sanggup luangkan masa untuk membaca di blog Aku Cintakan Islam ini, atau nama lainnya “Indahnya Agama Islam”.
Yang ingin diceritakan kini adalah, kisah penduduk pekan Antakiyah di mana tiga orang Rasul diutuskan pada mereka, dan mereka mendustakannya dan tidak mempercayainya. Kisah ini diceritakan oleh Ibn Kathir, Syaikh-ul Islam. Seorang ahli Tafsir yang sangat pakar dalam pentafsiran Quran. Insha-Allah, akan saya tuliskan kisahnya buat anda semua.
Saya sarankan, bacalah ayat suci Quran itu[apakah rugi membacanya? Apakah untung meninggalkannya?]. Saya tahu anda semestinya ingin “skip”, tapi ingatlah, membaca Quran dengan ikhlas memberikan anda pahala yang berganda, Insha-Allah.
……………………………………………………………………………………………

وَاضْرِبْ لَہُمۡ مَّثَلًا اَصْحٰبَ الْقَرْیَۃُ ۘ اِذْ جَآءَہَا الْمُرْسَلُوۡنَ ﴿ۚ۱۳﴾
“Dan ceritakanlah kepada mereka suatu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah Bandar(Antakiah) iaitu ketika mereka didatangi rasul-rasul (Kami).

 اِذْ اَرْسَلْنَاۤ اِلَیۡہِمُ اثْنَیۡنِ فَکَذَّبُوۡہُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوۡۤا اِنَّاۤ اِلَیۡکُمۡ مُّرْسَلُوۡنَ
﴿۱۴﴾
“(Iaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan utusan ketiga, maka ketiga-tiga (utusan itu) berkata : Sesungguhnya, kami adalah orang yang diutus kepadamu.”

 قَالُوۡا مَاۤ اَنۡتُمْ اِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا ۙ وَ مَاۤ اَنۡزَلَ الرَّحْمٰنُ مِنۡ شَیۡءٍ ۙ اِنْ اَنۡتُمْ اِلَّا تَکْذِبُوۡنَ
﴿۱۵﴾
“Mereka(penduduk negeri) menjawab : Kamu ini hanyalah manusia seperti kami, dan (Allah) Yang Maha Pemurah tidak menurunkan suatu apa pun; kamu hanyalah pendusta belaka.”

قَالُوۡا رَبُّنَا یَعْلَمُ اِنَّاۤ اِلَیۡکُمْ لَمُرْسَلُوۡنَ ﴿۱۶﴾
“Mereka berkata : Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami adalah utusan-utusan(Nya) kepada kamu.”

وَمَا عَلَیۡنَاۤ اِلَّا الْبَلٰغُ الْمُبِیۡنُ ﴿۱۷﴾
“Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.”

قَالُوۡۤا اِنَّا تَطَیَّرْنَا بِکُمْ ۚ لَئِنۡ لَّمْ تَنۡتَہُوۡا لَنَرْجُمَنَّکُمْ وَ لَیَمَسَّنَّکُمۡ مِّنَّا عَذَابٌ اَلِـیۡمٌ ﴿۱۸﴾
“Mereka menjawab : Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu. Sesungguhnya, jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami rejam kamu dan kamu pasti akan merasakan seksaan pedih daripada kami.”

قَالُوۡا طٰٓئِرُکُمْ مَّعَکُمْ ؕ اَئِنۡ ذُکِّرْتُمۡ ؕ بَلْ اَنۡتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُوۡنَ ﴿۱۹﴾
“Mereka(utusan-utusan) itu berkata : Nahas dan malang kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Adakah kerana kamu diberi peringatan? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.”

وَ جَآءَ مِنْ اَقْصَا الْمَدِیۡنَۃِ رَجُلٌ یَّسْعٰی۫ قَالَ یٰقَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِیۡنَ ﴿ۙ۲۰﴾
“Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas dia berkata : “Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.”

اتَّبِعُوۡا مَنۡ لَّا یَسْـَٔلُکُمْ اَجْرًا وَّ ہُمۡ مُّہۡتَدُوۡنَ ﴿۲۱﴾
“Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu dan mereka adalah orang yang mendapat petunjuk.”

وَمَا لِیَ لَاۤ اَعْبُدُ الَّذِیۡ فَطَرَنِیۡ وَ اِلَیۡہِ تُرْجَعُوۡنَ ﴿۲۲﴾
“Dan (apabila ditanya : Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya) : Tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang menciptakanku dan hanya kepadaNyalah(aku dan) kamu akan dikembalikan.”

 ءَاَتَّخِذُ مِنۡ دُوۡنِہٖۤ اٰلِہَۃً اِنۡ یُّرِدْنِ الرَّحْمٰنُ بِضُرٍّ لَّا تُغْنِ عَنِّیۡ شَفٰعَتُہُمْ شَیْـًٔا وَّلَا یُنۡقِذُوۡنِ ﴿ۚ۲۳﴾
“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.”
 اِنِّیۡۤ اِذًا لَّفِیۡ ضَلٰلٍ مُّبِیۡنٍ ﴿۲۴﴾
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.”
 اِنِّیۡۤ اٰمَنۡتُ بِرَبِّکُمْ فَاسْمَعُوۡنِ ﴿ؕ۲۵﴾
“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”


قِیۡلَ ادْخُلِ الْجَنَّۃَ ؕ قَالَ یٰلَیۡتَ قَوْمِیۡ یَعْلَمُوۡنَ ﴿ۙ۲۶﴾
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui –
بِمَا غَفَرَ لِیۡ رَبِّیۡ وَ جَعَلَنِیۡ مِنَ الْمُکْرَمِیۡنَ ﴿۲۷﴾
“Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan”.
وَمَاۤ اَنۡزَلْنَا عَلٰی قَوْمِہٖ مِنۡۢ بَعْدِہٖ مِنْ جُنۡدٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَمَا کُنَّا مُنۡزِلِیۡنَ ﴿۲۸﴾
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
اِنۡ کَانَتْ اِلَّا صَیۡحَۃً وّٰحِدَۃً فَاِذَا ہُمْ خٰمِدُوۡنَ ﴿۲۹﴾
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[Surah Yaa-Siin : 13 – 29]
……………………………………………………………………………………
‘Abdullah Ibn ‘Abbas, Ka’b Al-Ahbar dan Wahhb Ibn Munabih dan ramai lagi menceritakan sebuah kisah sebuah Bandar digelar Antioch(Antakiyah), diperintah oleh Raja Antikhis Ibn Antikhis. Raja ini selalu meraikan penyembah berhala. Allah Maha Kuasa mengutuskan kepadanya 3 orang utusan yang mana dia dengan keras mendustakan mereka. Utusan itu adalah : Sadiq, Masduq dan Shalom.
Dibuktikan bahawa mereka adalah Utusan yang dihantar oleh Allah. Qatadah memberitahu mereka adalah utusan Isa  ؑ.Pandangan yang sama juga dipegan oleh Ibn Jarir daripada Wahb daripada Ibn Sulaiman daripada Shu’aib al-Jiba’I yang menambah bahawa : Mereka adalah utusan bernama : Shimon, Jonah dan Paul dan Bandar itu digelar Antioch. Pendapat ini tidak berasas kerana penduduk Antioch apabila menerima utusan-utusan Isa  ؑ — adalah yang pertama mempercayai Isa pada saat itu juga. Maka, Antioch merupakan salah satu Bandar pertama daripada 4 bandar di mana munculnya Ketua di Gereja Kristian. 4 bandar ini adalah Antioch, Jerusalem, Alexandria dan Rom. Bagaimanapun, penduduk Bandar ini tidak dihancurkan, tetapi yang disebut dalam al-Quran itu, penduduk tersebut benar-benar dihancurkan, berikutan dengan pembunuhan sahabat mereka di mana Allah hantarkan untuk hancurkan mereka.
Allah berfirman :


{(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.}


[Yasin : 29]

Tiada kesalahan dalam kedua-dua tafsiran ini, jika kesnya adalah 3 utusan Allah dihantar kepada penduduk awal Antioch dan mereka tidak menghiraukannya, ia menyebabkan kehancuran yang total. Kemudian, kawasan itu lahir semula dan ketika kehidupan Isa ؑ penduduk baru itu diutus pula dengan utusan Isa dan penduduk itu percaya kepada 3 utusan Isa ؑ ini
Tuntutan bahawa kisah yang disebut dalam al-Quranul Karim mengenai utusan Isa ؑ adalah tidak berasas. Secara terangnya, konteks ayat menyebutkan bahawa para Utusan itu diutus oleh Allah Maha Kuasa.

Allah berfirman : {Dan ceritakanlah kepada mereka suatu keadaan} yakni : untuk umatmu wahai Muhammad .{suatu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah Bandar(Antakiah) iaitu ketika mereka didatangi rasul-rasul (Kami). (Iaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan utusan ketiga} yakni : 

Kami sokongkan mereka dengan Utusan yang ketiga, { maka ketiga-tiga (utusan itu) berkata : Sesungguhnya, kami adalah orang yang diutus kepadamu. }. Penduduk Bandar itu berkata kepada Utusan tersebut bahawa mereka(Utusan) itu adalah manusia biasa dan mereka mengetepikan idea bahawa Allah Maha Kuasa mengutuskan manusia sebagai UtusanNya kepada manusia. Utusan itu telah menegaskan bahawa Allah tahu bahawa mereka diutus untuk penduduk itu dan jika Utusan ini menipu kepada mereka, Allah sudah pasti mengenakan azab paling dasyat buat mereka. Kemudian ditambah : {Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.}. Yakni : Apa yang mereka diutuskan dan petunjuk serta kesesatan itu di Tangan Allah Maha Kuasa itu sendiri.
{ Mereka menjawab : Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu.} yakni : dari apa yang mereka bawakan itu. { Sesungguhnya, jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami rejam kamu dan kamu pasti akan merasakan seksaan pedih daripada kami. } yakni : mereka mengugut Utusan-Utusan itu dengan kata-kata kesat dan pembunuhan(rejam).

{Mereka(utusan-utusan) itu berkata : Nahas dan malang kamu itu adalah kerana kamu sendiri.} yakni : ia akan seteruk-teruknya memberi kesan padamu. {Adakah (kamu menggelarnya “nasib malang”) kerana kamu diberi peringatan?} yakni : kami memberi peringatan kepada kamu dengan petunjukdan menjemput kamu kepadanya, kamu mengugut kamu dengan pembunuhan dan kata-kata kesat. {Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas. } yakni : kamu melampaui sempadan dengan melakukan perkara-perkara berdosa, dan tidak mengikut perintah Allah
Allah Maha Kuasa berfirman : {Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas } untuk menyokong para Utusan itu untuk isytiharkan kepercayaannya kepada Utusan itu. {Dia berkata : “Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu. Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu dan mereka adalah orang yang mendapat petunjuk } yakni : para Utusan itu mengajak kamu kepada kebenaran tanpa meminta wang atau ganjaran untuk mereka daripada kamu. Kemudian dia mengajak kamu menyembah Allah tanpa sekutukanNya, sekutu yang tidak memberi kesan dunia dan akhirat kepada kamu langsung.

{ Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.} yakni : sekiranya aku tidak menyembah Allah dan sekutukan sesuatu dengan Dia. Kemudian, orang beriman ini berkata kepada 3 orang Utusan itu : { Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)}. Yakni : kamu mesti menjadi saksi atas apa yang aku ucapkan dan menjadi saksi untukku kepada Tuhanmu. Atau, wahai kaumku! Dengarlah aku mengistiharkan kepercayaanku kepada para Utusan ini.

Seterusnya, penduduk itu membunuhnya sama ada dengan rejam hingga mati, gigit, atau serangan secara tiba-tiba kepadanya. Ibn Ishaq menceritakan daripada Abdullah Ibn Mas’ud bahawa penduduk itu memijak badannya hingga mematahkan lehernya.

Ath-Thawri meriwayatkan daripada ‘Asim Al-Ahwal daripada Abu Majlaz berkata : Nama orang beriman itu adalah Habib Ibn Murriy dikatakan seorang tukang kayu, atau pembuat tali, atau pembuat kasut. Juga disebut bahawa dia selalu melakukan ibadat di gua yang terpencil.

‘Abdullah Ibn ‘Abbas ؓ berkata : Dia seorang Habib, tukang kayu yang diserang sakit leprosy(kusta). Dia seorang pemurah, tetapi mati dibunuh kaumnya sendiri.
Allah Maha Kuasa berfirman : { Masuklah ke dalam Syurga } yakni : apabila dia telah dibunuh, Allah menerimanya ke dalam Syurga. Apabila dia melihat keindahan dan nikmat di dalamnya, dia berkata : {Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan. } yakni : untuk percaya apa yang aku percaya ini dan kemudian mendapat ganjaran seperti yang aku dapat ini.
Ibn Abbas  ؓ berkata : Dia memberi nasihat kepada kaumnya ketika hidup dengan berkata : { Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.}, dan setelah dia meninggal dunia : {Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan. }. Dengan tambahan, Qatadah berkata : Orang beriman itu memberi kaunseling kerana dia nampak ganjaran yang ditawarkan Allah. {Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan. } yakni : dia berharap kaumnya tahu kemulian Allah memuliakannya. 
Qatadah menambah lagi : Demi Allah! Allah tidak menegur atau menyalahkan penduduk itu setelah mereka membunuh dia(orang beriman itu). {(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.} Allah Maha Kuasa berfirman : { Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya. }, yakni : tidak perlu untuk Allah Maha Kuasa menghantar kepada mereka tentera dari langit untuk membalas dendam buat para Utusan itu.
Mujahid dan Qatadah berkata : Ini bermaksud, Allah tidak akan mengutuskan kepada mereka sebarang berita lagi.
Ibn Jarir berkata : Terjemahan yang pertama itu nampak lebih sesuai kerana Allah Maha Kuasa berfirman selepas itu : { dan tidak perlu Kami menurunkannya. } yakni : Allah tidak perlu langusng menghantar sebarang perkara untuk membinasakan mereka apabila mereka mendustakan Utusan Allah dan membunuh orang yang beriman kepada Allah itu, {(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu Saihah (pekikan yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.}
Penterjemah berkata : Allah mengutuskan Gabriel(Jibriel ؑ ) yang menahan nafas di pintu pagar Bandar mereka dan membuat satu teriakan { satu Saihah (pekikan yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi. } yakni : mereka bertukar menjadi senyap, kaku dan mati.
Akhirnya, semua ini menerangkan bahawa Bandar yang disebutkan dalam ayat Al-Quran itu bukan Antioch kerana penduduk Antioch percaya pada Allah dan mengikut Nabi Isa ؑ . Tambahan, Antioch dikatakan merupakan salah satu daripada 4 bandar yang pertama mengisytiharkan keimanan mereka dalam Isa ؑ  .
Admin : Secara jujurnya, apabila saya tuliskan semula kisah ini, hati saya menjadi takut kepada Allah tabaraka wata’ala. Seandainya Gabriel sedang tunggu di depan rumah anda, sedia sahaja untuk memekik yang dasyat sangat, hanya kerana anda tidak beriman. Dan, seandainya, Allah perintahkan Israfil ؑ meniup sangka kala dengan seruling itu, Allahu Akbar, terlambat untuk bertaubat wahai saudara saudari.

“…taubatlah, sebelum datangnya Israfil ؑ yang cukup memekakkan teriakannya itu. Wa kullu nafsin za ikatu al-MAUT. Larilah manapun, Malaikat Maut ؑ tetap menjemputmu. Dan lakukanlah apa pun, segalanya akan dibalas setimpal untukmu bila tiba yaumul Qiyamah…”

[Akhi Putera Mujahid Islam]