Ruangan Teknologi Maklumat – Pendapat Anda?

Assalamualaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah s.w.t. semua. Alhamdulillah, setelah sekian lama berdiam diri dari dunia blogging atas sebab menuntut ilmu, kini penulis menulis lagi.
Sebagai tambahan, penulis bercadang untuk membeli hosting website dan domain untuk blog ini sebagai inisiatif naik taraf, namun semua itu memerlukan sumber wang.
Ruangan Teknologi Informasi/Maklumat(IT) juga akan diwujudkan, sesuai dengan moto Aku Cintakan Islam iaitu “Generating Smart Muslim“, dan bagi menambah pengetahuan masyarakat muslim kita dalam bidang tersebut. Tambahan, pelbagai ilmu teknologi maklumat yang dipelajari penulis untuk dikongsikan. Ruangan seperti tutorial pelajaran pengaturcaraan(Programming), informasi teknologi terkini, maklumat menarik dunia perkomputeran dan sebagainya akan diisi di blog ini.
Sebelum ini penulis ada cuba menulis di blog kecil untuk bidang ini, namun dirasakan adalah lebih baik untuk dikongsikan di sini.
Di samping itu semua, penulis turut merasakan bahawa tema blog ini perlu diubah. Sementara itu, penulis akan meneruskan penulisannya InshaAllah.
Apakah pendapat anda mengenai ini? Sila berikan komen anda di bawah.
Penulis kini lebih kerap melawat Twitter berbanding Facebook kerana kemudahannya, dijemput follow penulis(akaun baru) untuk maklumat terkini.
Akan kembali menulis di blog https://t.co/gNo0FQZMTR serta pengumuman utk menambah ruangan teknologi maklumat. pic.twitter.com/TujIsX5upv

— MelakaPath (@MohdZafranudin_) March 11, 2016