Kamus Kehidupan – #Tidak Adil

 

“Dekat mana doh? Tak sampai lagi ke?” dengus Nadia, kakinya macam sudah mengeras.

“Alah kau ni, dah nak sampai dah,” jawab Alia. Sarah, Michelle dan Yun tergelak sahaja melihat kerenah Nadia. Maklumlah, ini pertama kali Rina menjejakkan kakinya ke tempat seperti ini.

Sesak. Namun tidak begitu sesak. Begitulah suasana di tapak Bukit Bintang ini, ramai sahaja pelancong-pelancong datang ke sini. Iya lah, selepas penat berjalan, sinilah tempat mereka release tension. Kaki lima dipenuhi meja-meja dan bar chair. Bermacam jenis ‘minuman’ ada di sini.

“Haa, sini macam ok sikit,” Yun menunjuk ke arah sebuah bar. Lima sekawan ini bergerak masuk ke dalam bar tersebut. Bunyi bass di sini begitu kuat, sehingga dapat dirasakan di jantung Nadia. Tidak selesa. Bau arak juga kuat di sini. Mereka bergerak ke tingkat dua.

“Bagi kami Carlsberg tower. Yang power punya beb,” Alia mengarahkan penjaga bar tersebut.

Cuma duduk di balkoni, tangannya menongkat dagu. Nadia cuba melihat sekeliling bandar, pemandangan yang indah. Kemudian di membelakangkan panorama tersebut, dan melihat kawannya. Tower mereka telahpun sampai. Dua tin Tiger dibuka dan mereka bergiliran meneguknya. Nadia cuma senyum melihat. “Weh, minum ah sekali,” Yun menghasut Nadia. “Tak apalah, aku tak biasa. Korang jelah minum, jimat sikit kot belanja, haha.”

Beberapa minit kemudian, sahabat Nadia telah masuk ‘kick’. Semakin mabuk. Mereka berjoget dan menyanyi, mengikuti rentak bass yang kuat.

Tidak tahan dengan suasana ini, Nadia memberitahu mereka untuk keluar sekejap. “Dahaga ah, aku pergi 7e kejap beli air.” Mereka mengiyakan sahaja, kemudian sambung menari. Terpaksa menjerit di dalam bar ini, bingit!

 


“Coklat pun coklat lah,” susu coklat Dutch Lady diteguknya. Bajunya berbau arak, meskipun dia tidak minum. Melekat agaknya kerana dia duduk lama dalam bar tersebut.

Lama dia menunggu agar sahabatnya habis ‘berpesta’. Akhirnya mereka keluar dari bar tersebut, dengan keadaan terhuyung-hayang. Sarah mula berlari ke arah longkang dan memuntahkan segala kencing syaitan tersebut. Kali kedua, dia semakin membiasakan diri.

“Asal kau tak minum, sekali lah dengan kitorang tadi,” Alia bersandar di penghadang jalanraya. Meskipun mabuk, dia masih kelihatan waras. Matang. Nadia cuma tersenyum sahaja. Kemudian Alia membisikkan sesuatu pada Nadia, membuatkannya terkedu.

“Janji” tanya Alia.

“Aku janji Alia, thanks beb,” balas Nadia. Dia senyum.

“Ahhh, jomlah pergi makan mamak pulak. Minum je, tak makan. Lapar doh,” Yun mula merengek kelaparan. Jelas arak tak mengenyangkan, dan mereka telah habiskan hampir 200 ringgit dalam bar tersebut.

Malam itu, Nadia termenung lama memikirkan soal dunia. Pertama kali melihat orang mabuk, bahkan itu adalah sahabat-sahabatnya.

 


 

Keesokannya, Nadia tidak ke kelas. Sakit tapak kaki, manakan tidak. Jauh menapak beb. Ada kereta pun, tapi nak jimat punya pasal. Malam tersebut Nadia yang menjadi driver, harapkan Waze, Waze makan padi. Serabut jugalah malam itu.

“Seronok lepak semalam? Lansung tak ajak.”

Sebuah mesej Whatsapp masuk. Mendengus, telefon Samsungnya diletak kembali. “Alia, cepatlah. Aku nak mandi pulak!”

[Whatsapp – Khairi]

“Sombong sudah sekarang ye.”

-Nak apa?

“I kan bf you, I berhak tahu you pergi mana”

-You dah tahu kan, nak tanya apa lagi.

“I sepatutnya ikut you tau tak. I boleh belanja you lagi banyak tower dari kawan-kawan you.”

 

Ah sudah mamat seorang ni. Couple je kot, melebih-lebih nampak. Ikutkan hati lama dah aku tinggalkan dia. Perangai pun entah apa-apa, overprotective. Entah macam mana aku sangkut dekat mamat ni pun aku tak tahu.

Sebuah mesej baru masuk.

[Whatsapp – Faris]

“Salam, ni Nad kan? Kang send kat aku lecture notes minggu lepas.”

-Wslm. Ni?

“Faris lahhh. Kau tak save nombor classmate ke? Kejam!”

-Nanti aku send.

Tutup fon. Faris merupakan classmate Nadia, seorang yang freestyle. Ikut suka dia sahaja nak buat apa, sekejap datang kelas, sekejap tidak datang. Tapi otak geliga, aku pun tak faham. Patutnya aku yang rajin ke kelas, otak aku yang kena geliga. Dunia tidak adil.

Kamus Kehidupan: #Tidak Adil

Tambah satu lagi list dalam kamus kehidupan Nadia. Pada Nadia, kehidupan ini mempunyai kamusnya tersendiri, yang membentuk dunianya.

“Si sorang tu chat lagi ke?” Alia menyandar di rangka pintu. Tangannya berlipat, seperti seorang kakak sedang memerhatikan adiknya. Berbau wangi kerana baru sahaja mandi.

“Oh, ni?” Nadia menunjukkan telefonnya kepada Alia. “Dia macam biasalah kacau aku. Plus sorang lagi classmate mintak lecture notes apa entah”

Alia seperti menekan sesuatu di telefon Nadia. Kemudian tersengih.

“Alia, kau buat apa tu?” soal Nadia kerisauan. “Beb bak sini phone aku!”

“Opps, sent! Haha!” gelak Alia.

Nadia menatap telefonnya. Alia terlebih dahulu melarikan diri dari diterkam Nadia.

“Aliaaaaa!”

Bagaikan kakak? Kakak yang annoying giler!


[Whatsapp – Faris]

“Salam, ni Nad kan? Kang send kat aku lecture notes minggu lepas.”

-Wslm. Ni?

“Faris lahhh. Kau tak save nombor classmate ke? Kejam!”

-Nanti aku send.

-💕💕💕 [sent]

Kamus Kehidupan: #Tidak Adil #Perubahan

 

  • Lama tidak menulis cerpen.

    Rasanya ingin menulis kembali mengenai sebuah kisah remaja muda dan dunianya, dan bagaimana dia berubah 💕