Kuliah #1 – Memeriahkan Majlis Ilmu

﴿﷽﴾

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”

 

[al-Alaq : 1]

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.


Alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepi, kali ini saya kembali dalam dunia penulisan dan terdapat pelbagai perkara ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian. Kehidupan kita, sering dipenuhi dengan dugaan yang membuatkan iman kita naik mahupun turun, maka sebab itu perlulah kita mendekatkan diri kita dengan sahabat-sahabat yang baik, yang mampu menjaga dan membimbing kita.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan sahabat perjalanan saya mengikuti usrah dan kuliah di kolej Linton saya. Pada malam jumaat yang lepas, bersamaan 13 Oktober 2017, saya mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Khairol Rizal.

Beliau merupakan Imam di Masjid Lenggeng Mantin, Negeri Sembilan dan juga merupakan penasihat Persatuan Mahasiswa Islam kami di kolej. Saya turut bekerjasama dengan ahli-ahli lain dalam menyediakan makanan Nasi Minyak + Ayam Merah yang bakal dihidangkan kepada jemaah tidak lama lagi.

Kuliah ini dicampurkan kandungan-kandungannya kerana Ustaz tidak sempat bersedia untuk kuliah kali ini, namun InshaAllah, begitu banyak nasihat dan ilmu yang beliau curahkan dengan izin-Nya.

Ganjaran Mencari Ilmu

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة

“ Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mempermudah baginya jalan menuju surga” 
(H.R Muslim)

Beliau mengingatkan jemaah hadirin pada malam tersebut dengan ganjaran orang yang berusaha menempuh mencari ilmu. Disebabkan malam tersebut kawasan kami hujan, ada sahabat-sahabat yang berbasah-basahan untuk menghadiri majlis ilmu tersebut.

Dunia ini hanyalah persinggahan, ibarat RnR. Rawat dan rehat. Adakah kalian akan tinggal menetap di RnR? Sepastinya tidak, kerana kita ada tujuan yang lebih kuat lagi, iaitu untuk kembali semula kepada Allah s.w.t. seperti yang telah dijanjikan.


Peneman Di Kubur

“Setiap kali anak Adam mati, maka mengiringinya 3 perkara. Harta, keluarga, amal. Antara ketiga ini, dua akan kembali meninggalkan kita kecuali satu. Iaitu amalan kita. Sama ada baik, ataupun buruk.”

Kejahilan

Ustaz seterusnya menceritakan bagaimana seorang ulama, ketika beliau sakit, dia mendekatkan diri dengan buku (membacanya).

Pelajarnya menjadi pelik. Kata ulama’ tersebut, sekiranya dia mati, setidaknya dia mati dalam keadaan tidak jahil dengan ilmu.

Fadhilat Doa Selepas Wudhu’

Bacalah doa selepas kalian mengambil wuduk dengan sempurna. Maka Allah akan bukakan kesemua pintu syurga. Sungguh besar ganjaran yang Allah s.w.t. berikan kepada kita.

Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahummaj ‘alni manat tawabina waj ‘alni minal mutatahirin. waj ‘alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu ‘ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Sabda Rasullullah SAW:
“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.”
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Dua Nikmat Manusia Sia-Siakan

Nabi s.a.w. telah sebutkan bahawa, dua nikmat manusia sering abaikan adalah sihat dan masa lapang.

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua nikmat, kebanyakan manusia tertipu dengan keduanya, yaitu kesehatan dan waktu luang.”

(HR. Al-Bukhari)


Cabang Iman

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh cabang lebih, yang paling utama adalah ucapan ‘Laailaahaillallah’, sedangkan yang paling rendahnya adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan, dan malu itu salah satu cabang keimanan”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Nabi bersabda bahawa, iman itu ada tujuh puluh atau 60 puluh lebih cabang. Cabang paling utama, paling tinggi adalah mengucapkan kalimah La Ilaha Illa Allah. Dan selemah-lemah cabang adalah mengalihkan sesuatu yang mengganggu dari jalan.

Sekiranya benda yang menganggu jalan pun kita tidak mahu alihkan, atau tidak ambil peduli, di manakah tahap iman kita? Fikirkanlah sebagai nasihat.


Majlis Ilmu

Nabi bersabda,

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majelis Ilmu).”
(Riwayat At-Tirmidzi)

Bila kamu lalu di tempat ada majlis ilmu, maka singgahlah. Baca Quran juga zikir, jangan hadkan kepada sekadar ‘Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar’. Berdoa semoga diberi Kefahaman agama.

رَِبِّيْ زِدْنِي عِلْماً وَارْزُقْنِي فَهْمًا

Robbi zidni ‘ilma warzuqni fahma
(Ya Allah tambahilah ilmuku dan dan pertinggikanlah kecerdasanku)


Kesimpulan

Secara kesimpulannya, perlulah kita mendekatkan diri kita dengan majlis-majlis ilmu, kerana itu merupakan sebuah taman syurga. Para sahabat bila disebutkan mengenai taman syurga, begitu teruja ingin melawatnya.

Dekatkanlah diri kita dengan sahabat-sahabat yang baik, yang mampu menegur kita, yang ingin melihat kita berubah ke arah kebaikan. Suatu hari, seorang sahabat saya menegur saya kerana saya tidak kerap hadir ke surau menunaikan solat jemaah. Apa yang membuatkan saya terkesan bukan atas tegurannya, tetapi saya sedar, itu adalah Allah s.w.t. yang cuba menegur saya. Lihatlah nasihat itu dari sudut yang positif.

InshaAllah, saya akan berkongsi lagi point-point yang menarik yang telah disampaikan Ustaz Khairol Rizal kepada kami. Mungkin saya akan menambah di artikel seterusnya.

Sekiranya sahabat-sahabat berminat, bolehlah lihat nota-nota ringas saya dalam kuliah tersebut di link yang diberikan:

<<Pautan Evernote: Nota Kuliah Malam Jumaat>>

InshaAllah, semoga kita bertemu dalam artikel yang berikutnya sahabat-sahabat sekalian.