Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Pertama sekali saya ingin mengangkat rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t., kerana (1) memberi saya peluang untuk menulis setelah sekian lama menyepi dan (2) menaik taraf blog yang saya cintai ini.

Ingin saya maklumkan bahawa blog ini akan berpindah kepada WordPress CMS, yang mana saya akan pantau sendiri server dan segalanya, inshaAllah. Kemudian, saya akan mendaftarkan blog ini kepada domain dot com, rancangan saya ‘akucintakanislam.com’ yang telah lama saya fikirkan. Namun, gerakan agak terbatas kerana kesibukan di kolej. Dengan adanya domain ini, aktiviti-aktiviti dapat diluaskan dan lebih mudah bagi pembaca untuk mendekati blog ini. Saya berfikir ingin meletakkan iklan Adsense bagi menampung perbelanjaan server + domain, di mana ianya bukanlah percuma.

Di samping semua itu, pelbagai cadangan dan idea melimpah ruah dari kepala saya.

Pertama, saya ingin menambah ruangan Live Usrah, setiap hari Selasa dan Malam Jumaat, yang akan disampaikan oleh penceramah dan naqib lain. Mungkin akan mengambil masa seketika untuk setup dan sebagainya buat kali pertama, namun saya berdoa agar Allah permudahkan niat baik kita semua inshaAllah.

Kedua, kemungkinan saya akan buat VLOG mengenai penghijrahan dan yang berkaitan, dalam kehidupan saya sendiri. Mengenai ini, saya masih ragu-ragu, kerana agak mendadak. Walau bagaimanapun, saya sedia menerima cadangann pembaca sekalian.

Ketiga, akhir-akhir ini saya mengikuti ceramah “Hijrah Tak Kesampaian”, di mana saya merupakan antara AJK yang mengurus program tersebut, dan juga sebagai MC. Pengalaman mendebarkan, tetapi ceramah yang disampaikan Ustaz Afiq Farhan begitu hebat, dan saya harap dapat dimanfaatkan oleh hadirin pada hari tersebut. Saya akan turut berkongsikan ceramah beliau di sini kelak.

InshaAllah. Saya hanya merancang, tetapi perancangan Allah lebih hebat. Saya berharap dan berdoa semoga semua urusan saya dan juga para pembaca dipermudahkan. Ameen, ya rabbal alameen.