Tentang Penulis

السلام عليكم

Selamat Sejahtera

안녕하세요

Hello

Biodata Asas

Khaifa halukum? Apa khabar sahabat-sahabat? Harap sihat sentiasa. Mengenai diriku, daku hanyalah seorang hamba Allah yang biasa sahaja, namun, ingin sekali daku mendekatkan diriku dengan Allah sedekat-dekatnya,inshaAllah boleh, kalian juga boleh =)

Namaku, Mohamad Zafranudin Ibn Mohamed Zafrin Ibn Haji Ali Ibn Abdul Ghani Ibn Rahman.

Ku amat meminati ilmu-ilmu akhirat, yakni ilmu agama termasuklah arab waupun sedikit sahaja yang diketahui. Tidak lupa juga ilmu duniawi, yakni kimia dan fizik serta ilmu hisab. Umurku mencecah 18 tahun pada tahun 2013 ini, dan ku mula menjejak kaki di bumi pada tarikh 17 November 1995 pada jam 6 pagi di Hari Jumaat, wallahu ‘alam…

Demikian serba sedikit tentang biodata ku, sebarang komen anda untuk blog ini amatlah diharapkan untuk kebaikan semua pembaca blog ini. Jazakallah, assalamu’alaikum wa ilalliqa’=)

Imam Syafie pernah ditanya mengenai ilmu, dan jawab beliau :

“Ibarat seorang ibu mencari anak tunggalnya.”

Yakni, ilmu itu sekiranya kita menemuinya, ilmu tersebut akan menjaga kita meskipun kita mati. Sama halnya seperti ibu  tersebut, apabila menemukan anaknya, anaknya akan menjaganya sehingga dia mati. Namun apabila ibu tersebut tidak menemui anaknya, diri si ibu tersebut merana, bahkan mati tiada siapa mahu mengebumikannya. Sama halnya juga seperti ilmu, apabila kita tidak menuntut ilmu, maka kehidupan kita dan mati kita akan sengsara.

(Penerangan ini adalah menurut fahaman saya sendiri, tidak tahu bagaimana pula orang lain menafsir pujanga Imam Syafie tersebut, wallahu alam bi sowwab.)

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana menuntut ilmu itu satu kewajipan kepada umat Islam, dan kerjakanalah ibadatmu kerana Allah swt dan tinggalkan laranganNya, inshaAllah, jannah menanti =)

“Yang paling pintar antara kamu adalah paling banyak mengingati mati dan banyak amalan untuknya”

Andai sekadar ingat mati, tetapi tiada amal, tiada gunanya juga. Maka perbanyakkanlah amalan anda. Apa anda mahu terjunam di dalam titian as-Sirot, di mana dasarnya 70 000 TAHUN dalamnya, wallahu alam. Andai di dunia, anda terjun begitu, mungkin belum sempat sampai dasar anda sudah meninggal. Inikan pula di akhirat, kita tidak tahu bagaimana rupanya.

~Putera Mujahid Islam

Biodata Tambahan:

Bahasa Yang Diketahui.

(1) Bahasa Melayu (Malay Language)

(2) English Language (English Language)

(3) الغة  العربية (Arabic Language)

(4) Bahasa Indonesia (Indonesian Language)

(5) 한국 (Korean Language – Hangul)

Status Belajar.

Bsc (Hons) Computing. Major in Database, Web Development and Programming

Kemahuan Jangka Panjang.

(1) Menguasai ilmu al-Quran.

(2) Merantau keliling dunia.

(3) Menetap di luar negara(belajar adab).

(4) Menguasai 25 bahasa asing sepanjang hayat.

(5) Membahagiakan ibu ayah.

(6) Mengajar di usia tua.

Kemahiran Tambahan

(1) Bermain violin dan piano

(2) Suka menulis.

Status Perkahwinan.

Bujang.

Tempat Tinggal dan Lahir.


Alor Gajah, Melaka.

Pilihan Tempat Menuntut Ilmu


Madinah al-Munawwarah.

Wallahu alam.