Update

21 October 2017

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Apa yang saya telah pelajari di kolej dalam bidang Computing, dapat saya terapkan dalam berdakwah. Sungguh merupakan suatu ketidaktahuan yang besar bagi saya dalam dunia IT ini suatu ketika dahulu.

Masih saya ingat lagi di tahun 2010, saat saya menunjukkan blog ini kepada sahabat-sahabat saya di SMK Dato’ Dol Said.

“Nanti kau beli lah domain,” ujar sahabat saya.

Apa itu domain pun saya tidak tahu pada ketika itu, bahkan tidak mempunyai sumber kewangan yang baik. Namun alhamdulillah, syukur sekali lagi ke hadrat Allah swt kerana memberi saya peluang untuk memajukan medan dakwah saya.

https://akucintakanislam.com

Semoga blog ini menjadi panduan dan menambahkan ilmu para pembaca-pembaca sekalian. Saya memohon doa baik sahabat pembaca sekalian agar medan ini diperteruskan, inshaAllah.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, silalah jangan segan silu untuk menghubungi saya.

 

Mohamad Zafranudin a.k.a Mujahid Islam